ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG...

Bismillahirohmanirrahim...Sila beri tunjuk ajar...

Message!!!

Sesaat degupan jantung adalah nikmat kehidupan dariNYA.Segunung harta yang bertimbun adalah nikmat kemurahanNYA.Ilmu yang seluas lautan adalah nikmat kebijaksanaanNYA.Dan pilihan yang terbaik itu adalah ilham daripadaNYA.Semuanya dari Allah tidak terhitung nikmatNYA.Moga kita menjadi hamba yang bersyukur bukan hamba yang kufur.

Message!!!

'Hendaklah kau ambil beberapa buah keikhlasan,daun-daun kesabaran dan perahan kesabaran hati.Letakkan semua itu dalam wadah ketaqwaan lalu dituangkan dalamnya cairan rasa takut kemudian adunkan dengan api kesedihan.Saringlah ia dengan kewaspadaan,ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran lalu minumlah dengan gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan.Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada kemungkaran.Moga dirimu bertemu dengan kebahagiaan yang diidamkan'.

Message!!!

Kalam tarbiah.
Hayati..Muhasabah iman..
Cukuplah maut menjadi pelajaran bagi seseorang dan menjadi pemisah antara seseorang dengan yang lain.
Rasulullah kemudian ditanya.Apakah seorang yang telah meninggal akan berkumpul bersama para syuhada?
Beliau menjawab "Ya,iaitu orang yang mengingati mati sebanya 20 kali dalam sehari.
(alhadis)

Message!!!

Kalam islah.
"Setitis airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada mutiara seluas lautan.Sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata.Sesuci hati kerana Allah adalah sebuah cinta yang abadi".

Message!!!

"Sesaat matamu berkedip,Ingatlah Allah.Sedetik jantungmu berdegup,ingatlah Allah.Sehalus budimu ditabur,ingatlah Allah.Dan seikhlas hatimu ditaut,ingatlah Allah"..

Message!!!

"Kadang-kadang ujian datang diluar jangkaan,namun kita perlu tetap yakin bahawa Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita.Kehidupan kita yang sebenar adalah kehidupan Jiwa,ia kembara bersama nur Iman,selagi subur cinta padaNYA,maka jiwa kita akan tetap hidup walau zahirnya nampak gagal".

Siksaan!!!

Assalamualaikum.Ingatkah kita pada kisah yang diceritakan semasa israk Nabi Muhammad yang dikasihi.Salah satu perkara yang dilihat oleh beliau adalah siksaan terhadap segolongan manusia yang dibakar hidup-hidup.Kemudian Allah menggantikan kulit setiap dari mereka dan begitulah seterusnya.Persoalannya disini adalah kenapa Allah hanya menggantikan kulit mereka?Hasil penelitian seorang doktor Indonesia,hal itu terjadi kerana receptor sakit hanya terdapat pada kulit.Ana percaya ini merupakan sebahagian dari pembelajaran kita sewaktu berada di sekolah menengah.Receptor sakit terdapat pada kulit.Sebagai contoh,melalui rawatan akupunktur,pesakit akan terasa sakit apabila jarum akupunktur melalui kulit.Setelah melalui kulit,kesakitan kurang dirasai.WALLAHU A'LAM.

Tahukah anda??

Kajian menunjukkan ubatan kimia yang tidak hancur boleh merosakkan buah pinggang seseorang.Ia ditemui oleh seorang doktor Melayu yang bekerja di hospital England.Seorang pesakit buah pinggang dibedah.Beliau mendapati buah pinggang pesakit tersumbat.Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat ubatan kimia yang dikenali sebagai PARASETAMOL atau PANADOL yang tidak larut menyebabkan buah pinggang pesakit tersumbat.Ini adalah antara bahana ubatan kimia yang berada dipasaran yang amat mudah didapati.Ana percaya jenama ubatan kimia tersebut sering diambil oleh penduduk di negara ini.Ubat ini sering didahulukan untuk menahan kesakitan atau melegakan kesakitan.Sekian saja dari saya untuk kali ini.Assalamualaikum.